Merawat Puting Melecet Supaya Bayi Puas Menyusu Kedua-dua Payudara
Merawat Puting Melecet Supaya Bayi Puas Menyusu Kedua-dua Payudara Selepas beberapa bulan melahirkan bayi, ibu mungkin sudah boleh menarik nafas lega apabila luka jahitan sudah mula sembuh. Namun, bagi ibu yang menyusu mungkin satu masalah lain akan timbul iaitu sakit atau luka pada puting. Menyusukan bayi juga adalah 1 kemahiran dan ibu mungkin mengambil masa untuk memahirkan diri, namun kadang-kadang mungkin agak sukar jika hisapan bayi terlalu kuat sehingga boleh melukakan puting ibu. Punca utama masalah luka puting ialah pelekapan yang tidak betul. Setiap bayi tahu bagaimana untuk menghisap dengan baik, cuma kadang-kadang cara ibu memegang bayi mungkin menyebabkan bayi berasa tidak selesa dan pelekapan tidak dapat dilakukan dengan betul. Cara pelekapan yang betul untuk elakkan puting ibu melecet atau terluka. Merawat puting susu melecet atau luka Sebelum penyusuan Ibu cuba bagi bayi susu sebelum bayi berasa lapar, iaitu sekiranya bayi menunjukkan tanda-tanda untuk meny...