Kebaikan Susu Ibu Untuk Bayi Berbanding Susu Formula

Kebaikan Susu Ibu Untuk Bayi Berbanding Susu Formula


Kebanyakan ibu yang baru melahirkan anak pertama yang masih belum berpengalaman dalam breastfeeding yang saya temui rata-rata berpuashati jika berjaya menyusukan baby mereka seminggu dua. Macam-macam alasan yang diberi, tak ada masa, tak ada susu atau baby tak pandai hisap. Hakikatnya mereka sangat tidak tahu perbandingan antara susu mereka dengan susu formula. Yang mana susu ibu jauh sangat baik berbanding susu formula.

Saya senaraikan kebaikan dan perbezaan antara susu ibu dan susu formula.

Tapi sebelum tu saya nak share isu hangat ibu menyusu, iaitu ibu menyusu perlu ke tak makan suplemen. Kena tengok video ni sampai habis yaa, kalau tak rugi..







Kebaikan susu ibu

1. Makanan awal terbaik.

Semua sudah siap dibancuh, tak perlu tambah air, gula dan sebagainya. Susu ibu juga mengandungi semua nutrien yang diperlukan oleh baby, takyah nak tambah apa2 lagi. Colostrum iaitu cecair kekuningan yang mula2 keluar tu mengandungi antibodi yang mampu melindungi anak selama 6 bulan, sebelum mula bagi makan.
Selain itu, orang dewasa yang minum susu ibu semasa bayi risiko utk mendapat penyakit kronik seperti tekanan darah tinggi, diabetes, kolesterol tinggi dan obesiti adalah rendah. Terdapat juga kajian menunjukkan bayi yang mendapat susu ibu adalah lebih bijak.
2. Ekonomi atau jimat.

Susu badan ni sangat senang nak bawa ke mana-mana. Tak akan ada kes tertinggal gadjet atau yang seumpama dengannya.
3. Faedah kepada ibu

Penyusuan ibu merupakan kaedah mengawal kelahiran terbaik yang mana ibu dilindungi daripada mengandung selama 6 bulan jika menyusukan baby secara ekslusif. 

Selain itu, menyusu badan juga dapat mengurangkan risiko barah payudara dan barah rahim nanti.
4. Rasa susu ibu berubah mengikut apa yang dimakan, membantu mengenalkan makanan kepada baby melalui air susu.
5. Kepekatan susu ibu juga berubah mengikut keadaan. Contohnya waktu panas susu akan menjadi lebih cair untuk menghilangkan dahaga si baby. Kalau waktu malam atau sejuk, susu akan lebih pekat menjadi sumber tenaga kepada baby.
6. Menguatkan ikatan emosi anak dan ibu. Semasa menyusukan baby ibu boleh berinteraksi dengannya. Dan pada waktu itu, kedudukan ibu dan baby sangat dekat.



Sementara itu, susu formula pula mempunyai ciri-ciri berikut:
1. Pemberian susu adalah lebih mudah dan ibu boleh relaks sikit. Sebab sesiapa pun boleh kasi susu kepada baby dan tak perlukan ruang privasi. Saya pernah jumpa seorang ibu yang bagi susu formula kepada baby kerana dia tak sanggup berjaga malam dan suaminya bangun untuk bancuh susu.

Untuk pengetahuan, saya pun tak pernah bangun malam-malam untuk susukan baby. Bila baby menangis, cuma selak baju sahaja. Tapi hati-hati bila nak susukan baby secara mengiring.
2. Penghadaman susu yang perlahan. Jadi baby akan tidur lebih lama. So tak payah menyusu dengan kerap dan tempoh yang lama. Namun, agak bahaya jika baby ada kuning dan tidur dengan lama sebab kalau kurang menyusu, kemungkinan kuningnya akan makin naik.
3. Ibu tak perlu kawal pemakanan. Bagi ibu menyusu, makanan adalah salah 1 musuh mereka. Sebabnya perlu pilih makanan. Kalau silap pilih, baby boleh kembung perut lah. Kadang-kadang ibu sendiri pun boleh dilanda masalah.
4. Susu formula tidak mempunyai nutrien dan antibodi yang sama dengan susu ibu.  Malahan, risiko susu tercemar adalah tinggi jika tidak disediakan dengan kebersihan yang sepatutnya. Jika dibancuh dengan air yang banyak, baby mungkin akan kekurangan zat.  Namun, jika diberi terlalu kerap, baby ada risiko obesiti dan penyakit kronik yang lain.

5. Akhirnya, dengan pemberian susu formula yang berterusan, penghasilan susu ibu mula berkurang kerana tiada stimulasi.


Penyusuan Susu Ibu Mudah, Tapi Perlukan Kefahaman.

Ramai ibu yang fikir penyusuan ibu adalah proses semulajadi dan akan berlaku secara automatik sebaik sahaja bayi dilahirkan. Dia memang proses semulajadi, tapi ibu perlukan kefahaman sebelum melakukannya.

Bila penyusuan tidak seperti yang dibayangkan, ibu mula ambil langkah mudah dengan memberi susu formula. 
Ada juga ibu yang tidak mahu menyusu baby mereka kerana takut badan tidak seksi lagi kalau menyusu, hakikatnya menyusulah membantu membentuk body yang cantik.
Namun begitu saya tetap tak nafikan memang ada pelbagai masalah ibu-ibu yang tidak mampu menyusukan anakknya. Tapi janganlah kalah sebelum berjuang ya?

Kenapa Pilih Set Menyusu Shaklee?

Ramai orang persoalkan adakah ibu menyusu perlukan suplemen?

Bagi saya, ia bergantung kepada apa yang ibu inginkan. Jika ibu hanya inginkan susu yang banyak, mungkin ibu tak perlukan suplemen pun. Dengan hanya jaga pemakanan, dapatkan rehat yang cukup dan jaga jadual mengepam susu, in sha Allah susu ibu akan banyak.

Tapi, jika anda ibu bekerja seperti saya, yang mementingkan kualiti susu dan juga mementingkan kesihatan sendiri. Sebab ibu yang nak jaga kesihatan bukanlah ibu yang mementingkan diri, tapi ibu yang fikir kesejahteraan anak dan keluarga.

Kalau ibu sering penat dan stress sebab bekerja, lepas tu nak kena pam susu lagi, macammana agaknya susu tak merudum sebab emosi ibu sangat mempengaruhi penghasilan susu ibu. 

Dan bila ibu mula bekerja, saya percaya agak susah untuk mematuhi jadual pemakanan seimbang. Bagaimana ibu nak hasilkan susu berkualiti?

Sebab tu, saya pilih untuk mengambil suplemen. Mungkin bukan untuk kesihatan waktu sekarang, tapi untuk kesihatan bila dah tua kelak.



Anda boleh hubungi saya untuk info lanjut tentang penyusuan ibu dan juga info lanjut mengenai produk.

Fyda - 012 621 1883 (www.wasap.my/60126211883)

Jangan putus asa ya untuk bagi yang terbaik untuk anak kita.

Atau jika anda ada debit kad atau kredit kad dan nak beli sendiri set diatas secara online, klik saja di link di bawah ni yaa..




Comments

Popular posts from this blog

Ibu Menyusu Sakit Belakang Apa Yang Patut Dibuat?

Ibu Ini Dah Serik Masuk Wad Masa Mengandung Anak Pertama Kerana Alahan Teruk