12 Salah Faham Konsep Penyusuan Punca Ibu Menyusu Pilih Susu Formula

12 Salah Faham Konsep Penyusuan Punca Ibu Menyusu Pilih Susu Formula


Sebulan sebelum tarikh bersalin ibu, jadi rutin untuk ibu mengandung temujanji dengan doktor. Selalunya memang saya tekan kan pasal penyusuan ibu. Memang ramai ibu excited nak breastfeed. Namun dalam duk excited tu, ada jugak yang ragu-ragu.

"Mampu ke saya susukan anak?"

"Macammana kalau takda susu?"

Akhirnya, sebelum usia baby sebulan, dah bagi susu formula. Dan banyak sebab yang saya 



Bagaimana Nak Menghasilkan Susu Ibu Yang Banyak


1. Fahami konsep supply and demand

Untuk bekalan susu yang berterusan, ibu mesti kerap kosongkan payudara. Jadi, kena kerap susukan bayi atau kerap pam susu.

Jika bayi banyak tidur dan ibu pula tidak memberikan susu badan, otak akan mentafsir breast sentiasa penuh jadi tidak memerlukan bekalan susu. Sebab itu, lama-kelamaan, badan fikir tak perlu hasilkan susu banyak sebab tiada permintaan. Jadi, susu akan menjadi sikit.

Proses penghasilan susu adalah berdasar konsep supply and demand, di mana semakin banyak demand (baby menyusu/ susu dikeluarkan) semakin banyak susu akan dihasilkan

2. Ibu mestiah dalam keadaan relaks dan bertenang

Jika ibu dalam keadaan relaks dan bertenang, hormon prolaktin untuk menghasilkan susu akan dihasilkan dengan banyak.

Apa yang dimaksudkan dengan relaks? Relaks bukan sahaja dari segi perasaan, tetapi temasuk postur badan semasa menyusu. Ada ibu yang menyusukan bayi sambil berbongkok untuk memastikan mulut baby betul-betul berada pada payudaranya. Keadaan ini menyebabkan belakang ibu menjadi tegang dan sakit.

Cara yang betul ialah, ibu perlu bersandar di kerusi dan duduk dengan selesa. Kemudian, barulah pegang baby dengan lengan mengampu kepalanya dan sebelah tangan lagi mengampu punggungnya. Ibu perlu memastikan perut baby menyentuh perut ibu. Dengan cara tu, baby pon selesa nak hisap susu.

Teknik lain ialah berbaring. Ibu dan baby baring mengiring. Saya paling suka teknik ni sebab terlalu relaks sampai ibu yang tidur dulu. Tapi hati-hati, jangan tertindih baby pulak.


3. Hisapan baby

Hisapan baby merangsang hormon oxytocin untuk mengeluarkan banyak susu. Ini bergantung pada kekerapan dan keberkesanan baby hisap. Sebab itu, ibu perlu pastikan baby selesa supaya dapat menghisap susu dengan baik.

Antara salah faham atau alasan yang popular untuk menolak breastfeeding 


1. Sebaik saja bersalin, susu akan keluar mencurah2, kalau sikit tu masalah genetik susu sikit

Tak semestinya begitu. Memang setiap anak Allah dah sediakan rezeki untuknya, namun mungkin lambat sikit. Dan sebenarnya pada 1-3 pertama, susu yang keluar ialah susu yang sangat pekat, atau dikenali sebagai kolostrum. Susu ni mengandungi antibodi yang tinggi dan warna kekuningan dan pekat. Ramai ibu yang ingatkan ini bukan susu.

Jadi, anda boleh consult doktor yang pro-BF (macam saya) atau lactation counsellor sebelum membuat keputusan untuk beri susu formula kepada baby/  

2. Kalau bersalin czer tak boleh breastfeeding  disebabkan sakit dan badan masih lemah disebabkan ubat, maka penghasilan susu juga kurang

Tidak dinafikan ibu bersalin czer sukar untuk bergerak bebas dan mungkin sukar untuk menyusu secara duduk, jadi ibu boleh menyusu dengan posisi yang selesa.

Pasal susu kurang tu, tiada kaitan dengan pembedahan sebab physiology penghasilan susu sama aja dengan orang bersalin biasa. Dan ubat bius tiada kaitan dengan susu ibu. Namun mungkin ibu melahirkan secara pembedahan lebih stress dan ini memang boleh menjejaskan penyusuan ibu.

3. Bersalin kembar susah nak kasi breastfeed

Alahai, best sangat kalau ada anak kembar, senang tak payah pilih2 nak kasik breast sebelah mana, bagi ja dua-dua.



4. Kalau anak menangis maknanya susu tak cukup

Banyak sebab baby menangis, dan tak semestinya baby lapar. Pada awal kelahiran, baby suka baring kat dada atau cling to breast sebab dia boleh dengar degupan jantung ibu. Ibu perlu kenal pasti tanda-tanda baby lapar untuk elakkan terlebih bagi susu.

5. Accessories untuk breastfeed mahal

Breastpump mungkin diperlukan oleh ibu2 yang bekerja untuk simpan stok. Dari awal lagi, anda boleh kumpul duit untuk beli breastpump. Atau boleh guna tangan ja kalau susu banyak, cuma penat sikit la

6. Masalah puting tenggelam, tak boleh susukan

Ada banyak tips yang dikongsikan di internet untuk mengatasi masalah ini. Antaranya menggunkan 'Nipplet' iaitu pam khas untuk menarik puting, mengurut, breastpump juga boleh digunakan untuk merangsang puting keluar dan berbagai teknik lagi.

Atau boleh rujuk doktor atau lactation counsellor jugak

7. Baby tak pandai latching/ dan biasa ngan botol tanak latch

Kebanyakan baby memang pandai latching tanpa perlu belajar, namun ada jugak yang tak pandai, tapi kita kenalah beri peluang kepada dia, teruskan cuba direct breastfeeding sampai dia berjaya. Sementara tu, boleh bagi susu badan yang telah dipam dengan cawan atau syringe

8. Orang kurus / breast kecik takda susu

Fahami konsep pengeluaran susu. Bukan disebabkan saiz badan atau saiz breast

9. Breastfeed menyusahkan, memalukan

Alahai, kalau malu Allah pun takkan buat susu ibu tu untuk manfaat baby

10. Mengandung tak boleh breastfeed

Tiada masalah untuk breastfeed masa mengandung, melainkan pernah mengalami kelahiran pra-matang, pendarahan atau atas nasihat doktor. Walaupun atas nasihat doktor, cubalah dapatkan second opinon sebelum membuat pilihan untuk tidak menyusukan bayi.

11.Kena ambil suplemen untuk tambah susu

Tidak dinafikan, memang ada suplemen untuk tambah susu. Itu adalah cara untuk membantu mendapatkan nutrien yang cukup dan tenaga untuk menyusu. Boleh je ambil makanan seperti kurma, barli, pegaga dan sebagainya

12. Dah makan macam2 untuk tambahkan susu tapi tak berjaya

Fahami konsep breastfeeding, kalau ada yang keluar, ada yang masuk. Kena bagi direct breastfeeding, power pumping dengan kerap.

Untuk maklumat lebih jelas tentang konsep penyusuan boleh baca di sini

Set Penyusuan Shaklee Usaha Untuk Bagi Yang Terbaik Kepada Baby



Untuk breastfeeding kita memerluan ilmu. Jika sanggup bersusah payah untuk mendapatkan anak, apa salahnya mencari ilmu untuk memberi makanan terbaik untuknya.

Asalkan tidak mencipta alasan kerana orang yang gagal ialah yang mencari alasan tanpa ilmu.

Ada yang menolak suplemen untuk menghasilkan susu badan, tidak dinafikan ada orang susunya banyak walau tak makan suplemen.

Bukan kuantiti susu saja yang penting, tapi kualiti juga perlu seiring. Pengambilan suplemen memberi nutrien dan zat secukupnya untuk pembesaran bayi, disamping memberi tenaga kepada ibu untuk menghabiskan masa secukupnya dengan si manja.

Jika anda berminat untuk mendapatkan set menyusu untuk susu ibu yang lebih berkualiti dan kesihatan ibu boleh hubungi saya - Fyda untuk info lanjut atau tempahan.

Fyda - 012 621 1883 (www.wasap.my/60126211883)


Comments

Popular posts from this blog

Ibu Menyusu Sakit Belakang Apa Yang Patut Dibuat?

Ibu Ini Dah Serik Masuk Wad Masa Mengandung Anak Pertama Kerana Alahan Teruk

Kebaikan Susu Ibu Untuk Bayi Berbanding Susu Formula