Posts

Showing posts from March, 2018

Ibu Menyusu Sakit Belakang Apa Yang Patut Dibuat?

Image
Ibu Menyusu Sakit Belakang Apa Yang Patut Dibuat? Setiap kali memeriksa bayi jaundis, ada beberapa ibu yang bernasib baik. saya akan minta menunjukkan cara menyusukan bayinya, terutamanya bayi yang kuningnya tinggi. Hampir kesemua ibu perlu dibetulkan cara penyusuan. Walaupun nampak remeh, namun posisi penyusuan yang tidak betul menyebabkan bayi tidak selesa, menyukarkan pelekapan dan menggagalkan penyusuan ibu. Lama-kelamanan, ibu akan berhenti menyusukan bayinya yang sepatutnya diberikan hanya susu ibu kerana sakit belakang. Jadi, ibu tidak mahu menyusu kononnya penyusuan boleh mengurangkan kalsium. Memang betul, kalsium sangat diperlukan untuk ibu menyusu. Namun, sebelum sakit belakang sebab kekurangan kalsium, yang pastinya ibu terlebih dahulu sakit belakang kerana posisi yang salah. Posisi ibu yang selesa semasa menyusukan bayi Pastikan ibu duduk dalam keadaan selesa, sama ada bersandar di kerusi atau di katil. Ibu juga boleh menyusu sambil berbaring, berdiri atau berjal