Posts

Showing posts from May, 2018

Hilangkan Penat Semasa Mengandung Untuk Ibu Yang Bekerja

Image
Hilangkan Penat Semasa Mengandung Untuk Ibu Yang Bekerja Ramai orang kata doktor ni sibuk sangat. Sampai tak ada masa makan, nak buang air tak sempat dan tak ada kehidupan. Kebanyakannya memang macam tu. Tapi, sekarang saya lihat macam lebih relaks sikit sebab ada doktor yang sempat jadi model, tulis blog, travel dan macam-macam aktiviti lain. Sebenarnya apa-apa kerja pun memang macam tu. Waktu kerja dituntut untuk bekerja sungguh-sungguh. tapi tetap tak menghalang kita untuk buat hobi sendiri. Jadi, rasanya dengan pembahagian masa yang betul, untuk mengecap kehidupan adalah tidak mustahil. Masa zaman saya sebagai houseman dulu, bermula dengan posting yang orang kata paling susah dan paling sibuk, iaitu O&G atau perbidanan. Kat Sabah ni ada 3 hospital kerajaan dan hospital wanita dan kanak-kanak memang khas untuk wanita dan kanak-kanak saja. Jarak antara rumah saya dengan hospital tu dalam 15-20 minit kalau tak jam. Awal-awal sampai memang tak ada kereta. Jadi tumpang k