Posts

Kebaikan Susu Ibu Untuk Bayi Berbanding Susu Formula

Image
Kebaikan Susu Ibu Untuk Bayi Berbanding Susu Formula
Kebanyakan ibu yang baru melahirkan anak pertama yang masih belum berpengalaman dalam breastfeeding yang saya temui rata-rata berpuashati jika berjaya menyusukan baby mereka seminggu dua. Macam-macam alasan yang diberi, tak ada masa, tak ada susu atau baby tak pandai hisap. Hakikatnya mereka sangat tidak tahu perbandingan antara susu mereka dengan susu formula. Yang mana susu ibu jauh sangat baik berbanding susu formula.
Saya senaraikan kebaikan dan perbezaan antara susu ibu dan susu formula.

Tapi sebelum tu saya nak share isu hangat ibu menyusu, iaitu ibu menyusu perlu ke tak makan suplemen. Kena tengok video ni sampai habis yaa, kalau tak rugi..







Kebaikan susu ibu 1. Makanan awal terbaik.
Semua sudah siap dibancuh, tak perlu tambah air, gula dan sebagainya. Susu ibu juga mengandungi semua nutrien yang diperlukan oleh baby, takyah nak tambah apa2 lagi. Colostrum iaitu cecair kekuningan yang mula2 keluar tu mengandungi antibodi yang mampu …

12 Salah Faham Konsep Penyusuan Punca Ibu Menyusu Pilih Susu Formula

Image
12 Salah Faham Konsep Penyusuan Punca Ibu Menyusu Pilih Susu Formula
Sebulan sebelum tarikh bersalin ibu, jadi rutin untuk ibu mengandung temujanji dengan doktor. Selalunya memang saya tekan kan pasal penyusuan ibu. Memang ramai ibu excited nak breastfeed. Namun dalam duk excited tu, ada jugak yang ragu-ragu.

"Mampu ke saya susukan anak?"

"Macammana kalau takda susu?"

Akhirnya, sebelum usia baby sebulan, dah bagi susu formula. Dan banyak sebab yang saya 



Bagaimana Nak Menghasilkan Susu Ibu Yang Banyak
1. Fahami konsep supply and demand

Untuk bekalan susu yang berterusan, ibu mesti kerap kosongkan payudara. Jadi, kena kerap susukan bayi atau kerap pam susu.

Jika bayi banyak tidur dan ibu pula tidak memberikan susu badan, otak akan mentafsir breast sentiasa penuh jadi tidak memerlukan bekalan susu. Sebab itu, lama-kelamaan, badan fikir tak perlu hasilkan susu banyak sebab tiada permintaan. Jadi, susu akan menjadi sikit.

Proses penghasilan susu adalah berdasar konsep supply a…

Hilangkan Penat Semasa Mengandung Untuk Ibu Yang Bekerja

Image
Hilangkan Penat Semasa Mengandung Untuk Ibu Yang Bekerja Ramai orang kata doktor ni sibuk sangat. Sampai tak ada masa makan, nak buang air tak sempat dan tak ada kehidupan. Kebanyakannya memang macam tu. Tapi, sekarang saya lihat macam lebih relaks sikit sebab ada doktor yang sempat jadi model, tulis blog, travel dan macam-macam aktiviti lain.

Sebenarnya apa-apa kerja pun memang macam tu. Waktu kerja dituntut untuk bekerja sungguh-sungguh. tapi tetap tak menghalang kita untuk buat hobi sendiri. Jadi, rasanya dengan pembahagian masa yang betul, untuk mengecap kehidupan adalah tidak mustahil.



Masa zaman saya sebagai houseman dulu, bermula dengan posting yang orang kata paling susah dan paling sibuk, iaitu O&G atau perbidanan. Kat Sabah ni ada 3 hospital kerajaan dan hospital wanita dan kanak-kanak memang khas untuk wanita dan kanak-kanak saja. Jarak antara rumah saya dengan hospital tu dalam 15-20 minit kalau tak jam.

Awal-awal sampai memang tak ada kereta. Jadi tumpang kawan pergi …

Ibu Menyusu Sakit Belakang Apa Yang Patut Dibuat?

Image
Ibu Menyusu Sakit Belakang Apa Yang Patut Dibuat? Setiap kali memeriksa bayi jaundis, ada beberapa ibu yang bernasib baik. saya akan minta menunjukkan cara menyusukan bayinya, terutamanya bayi yang kuningnya tinggi. Hampir kesemua ibu perlu dibetulkan cara penyusuan.

Walaupun nampak remeh, namun posisi penyusuan yang tidak betul menyebabkan bayi tidak selesa, menyukarkan pelekapan dan menggagalkan penyusuan ibu. Lama-kelamanan, ibu akan berhenti menyusukan bayinya yang sepatutnya diberikan hanya susu ibu kerana sakit belakang.

Jadi, ibu tidak mahu menyusu kononnya penyusuan boleh mengurangkan kalsium. Memang betul, kalsium sangat diperlukan untuk ibu menyusu. Namun, sebelum sakit belakang sebab kekurangan kalsium, yang pastinya ibu terlebih dahulu sakit belakang kerana posisi yang salah.
Posisi ibu yang selesa semasa menyusukan bayiPastikan ibu duduk dalam keadaan selesa, sama ada bersandar di kerusi atau di katil. Ibu juga boleh menyusu sambil berbaring, berdiri atau berjalan.Jika i…

Merawat Puting Melecet Supaya Bayi Puas Menyusu Kedua-dua Payudara

Merawat Puting Melecet Supaya Bayi Puas Menyusu Kedua-dua Payudara Selepas beberapa bulan melahirkan bayi, ibu mungkin sudah boleh menarik nafas lega apabila luka jahitan sudah mula sembuh. Namun, bagi ibu yang menyusu mungkin satu masalah lain akan timbul iaitu sakit atau luka pada puting. Menyusukan bayi juga adalah 1 kemahiran dan ibu mungkin mengambil masa untuk memahirkan diri, namun kadang-kadang mungkin agak sukar jika hisapan bayi terlalu kuat sehingga boleh melukakan puting ibu.
Punca utama masalah luka puting ialah pelekapan yang tidak betul. Setiap bayi tahu bagaimana untuk menghisap dengan baik, cuma kadang-kadang cara ibu memegang bayi mungkin menyebabkan bayi berasa tidak selesa dan pelekapan tidak dapat dilakukan dengan betul.

Cara pelekapan yang betul untuk elakkan puting ibu melecet atau terluka. Merawat puting susu melecet atau luka Sebelum penyusuanIbu cuba bagi bayi susu sebelum bayi berasa lapar, iaitu sekiranya bayi menunjukkan tanda-tanda untuk menyusu. Namun, …

Bagaimana Ibu Lepas Bersalin Sanggup Cederakan Diri Sendiri?

Bagaimana Ibu Lepas Bersalin Sanggup Cederakan Diri Sendiri? Ada 1 ketika, kecoh 1 Malaysia apabila seorang ibu ditemui mati terjun bangunan selepas 10 hari melahirkan bayi kerana dipercayai tertekan akibat tidak dapat menyusukan bayi dan terpaksa memberi susu formula kepada bayinya. Namun, menurut suami, disamping kurang berjaya dalam penyusuan ibu, isterinya juga bosan kerana tiada kerja untuk dibuat.

Tindakan masyarakat menghukum ibu menyusu saya lihat agak tidak adil apabila ibu menyusu dihentam dengan hebat terlalu taksub dengan penyusuan ibu hingga menyebabkan ibu tak berapa berjaya dalam penyusuan ibu menjadi tertekan hingga meragut nyawanya.

Bagi saya orang yang membuat kesimpulan bahawa ibu ini tertekan kerana masalah penyusuan seolah-olah berdendam dengan ibu menyusu dan tunggu masa nak luahkan apa yang terbuku di hati. Ataupun mungkin juga mereka rasa bersalah kerana memberi susu formula terlalu awal kepada bayi, bila timbul isu begini, mereka tampil untuk membuat kenyataa…

Cara Kurangkan Risiko Meroyan, Elakkan Kejadian Ibu Kelar Bayi Berulang

Image
Cara Kurangkan Risiko Meroyan, Elakkan Kejadian Ibu Kelar Bayi Berulang Ingat tak anda dengan berita ibu yang kelar anaknya berusia 2 bulan. Takkanlah seoarang ibu tergamak nak buat macam tu. Macam tak logik kan? Namun, lagi terkejut dengan komen-komen netizen tentang kes tu. Sedih sangat. Ramai salahkan ibu tu, takda iman dan macam-macam lagi. Ramai orang tak tahu yang mengandung adalah 1 perjalanan yang penuh berisiko dalam hidup seorang perempuan. Dengan perubahan hormon, perubahan fisiologi. Hanya ibu tu sendiri tahu nikmatnya, sakitnya membawa baby, bersalin dan berpantang. Janganlah sesenang nilai orang tu ada iman atau takda iman. Akibat perubahan hormon semasa mengandung, 85% wanita dalam pantang mengalami gangguan perasaan pada tahap yang ringan dan tidak membahayakan. Tapi bila tanya ibu lepas bersalin, mesti ada juga stressnya.



Peringkat Gangguan Perasaan Lepas Bersalin Dari segi perubatan, gangguan perasaan dibahagikan kepada 3 peringkat mengikut tahap keterukan, iaitu gan…