Posts

Showing posts from February, 2018

Merawat Puting Melecet Supaya Bayi Puas Menyusu Kedua-dua Payudara

Merawat Puting Melecet Supaya Bayi Puas Menyusu Kedua-dua Payudara Selepas beberapa bulan melahirkan bayi, ibu mungkin sudah boleh menarik nafas lega apabila luka jahitan sudah mula sembuh. Namun, bagi ibu yang menyusu mungkin satu masalah lain akan timbul iaitu sakit atau luka pada puting. Menyusukan bayi juga adalah 1 kemahiran dan ibu mungkin mengambil masa untuk memahirkan diri, namun kadang-kadang mungkin agak sukar jika hisapan bayi terlalu kuat sehingga boleh melukakan puting ibu.
Punca utama masalah luka puting ialah pelekapan yang tidak betul. Setiap bayi tahu bagaimana untuk menghisap dengan baik, cuma kadang-kadang cara ibu memegang bayi mungkin menyebabkan bayi berasa tidak selesa dan pelekapan tidak dapat dilakukan dengan betul.

Cara pelekapan yang betul untuk elakkan puting ibu melecet atau terluka. Merawat puting susu melecet atau luka Sebelum penyusuanIbu cuba bagi bayi susu sebelum bayi berasa lapar, iaitu sekiranya bayi menunjukkan tanda-tanda untuk menyusu. Namun, …

Bagaimana Ibu Lepas Bersalin Sanggup Cederakan Diri Sendiri?

Bagaimana Ibu Lepas Bersalin Sanggup Cederakan Diri Sendiri? Ada 1 ketika, kecoh 1 Malaysia apabila seorang ibu ditemui mati terjun bangunan selepas 10 hari melahirkan bayi kerana dipercayai tertekan akibat tidak dapat menyusukan bayi dan terpaksa memberi susu formula kepada bayinya. Namun, menurut suami, disamping kurang berjaya dalam penyusuan ibu, isterinya juga bosan kerana tiada kerja untuk dibuat.

Tindakan masyarakat menghukum ibu menyusu saya lihat agak tidak adil apabila ibu menyusu dihentam dengan hebat terlalu taksub dengan penyusuan ibu hingga menyebabkan ibu tak berapa berjaya dalam penyusuan ibu menjadi tertekan hingga meragut nyawanya.

Bagi saya orang yang membuat kesimpulan bahawa ibu ini tertekan kerana masalah penyusuan seolah-olah berdendam dengan ibu menyusu dan tunggu masa nak luahkan apa yang terbuku di hati. Ataupun mungkin juga mereka rasa bersalah kerana memberi susu formula terlalu awal kepada bayi, bila timbul isu begini, mereka tampil untuk membuat kenyataa…

Cara Kurangkan Risiko Meroyan, Elakkan Kejadian Ibu Kelar Bayi Berulang

Image
Cara Kurangkan Risiko Meroyan, Elakkan Kejadian Ibu Kelar Bayi Berulang Ingat tak anda dengan berita ibu yang kelar anaknya berusia 2 bulan. Takkanlah seoarang ibu tergamak nak buat macam tu. Macam tak logik kan? Namun, lagi terkejut dengan komen-komen netizen tentang kes tu. Sedih sangat. Ramai salahkan ibu tu, takda iman dan macam-macam lagi. Ramai orang tak tahu yang mengandung adalah 1 perjalanan yang penuh berisiko dalam hidup seorang perempuan. Dengan perubahan hormon, perubahan fisiologi. Hanya ibu tu sendiri tahu nikmatnya, sakitnya membawa baby, bersalin dan berpantang. Janganlah sesenang nilai orang tu ada iman atau takda iman. Akibat perubahan hormon semasa mengandung, 85% wanita dalam pantang mengalami gangguan perasaan pada tahap yang ringan dan tidak membahayakan. Tapi bila tanya ibu lepas bersalin, mesti ada juga stressnya.



Peringkat Gangguan Perasaan Lepas Bersalin Dari segi perubatan, gangguan perasaan dibahagikan kepada 3 peringkat mengikut tahap keterukan, iaitu gan…

Ibu Bagi Baby Susu Formula Pada Usia Sebulan Kerana Perlu Kembali Bekerja

Image
Ibu Bagi Baby Susu Formula Pada Usia Sebulan Kerana Perlu Kembali Bekerja
Assalamualaikum...

Apa khabar ibu-ibu bekerja yang sedang menyusukan bayi? Salam hormat dan salam ceria. Tabik spring saya kepada ibu-ibu yang sibuk tapi tetap memilih untuk memberikan bayi sepenuhnya susu badan selama 2 tahun.

Memang cabaran setiap antara kita berbeza-beza. Namun, tahniah kepada ibu yang tetap ingin beri yang terbaik kepada anak-anak. Apa lagi sekarang ni banyak konspirasi dalam industri makanan. Termasuk baru-baru ni ada susu palsu. Memang menakutkan. Sebab tu, pendapat saya lebih baik ibu banyakkan susu badan supaya cukup untuk baby daripada dedahkan baby dengan penyakit yang tak tentu.
Macam-Macam Kisah Ibu Menyusu Jadi Inspirasi Saya Mula Tulis Blog
Saya ialah seorang doktor perubatan dan ibu kepada 2 orang puteri. Alhamdulillah, saya berjaya susukan kedua-dua anak saya hingga 2 tahun. Tapi saya ok lagi sebab saya bekerja di klinik kesihatan. Waktu kerja saya ofis hour jelah. Berbanding ka…