Ibu Menyusu Sakit Belakang Apa Yang Patut Dibuat?

Ibu Menyusu Sakit Belakang Apa Yang Patut Dibuat?

Setiap kali memeriksa bayi jaundis, ada beberapa ibu yang bernasib baik. saya akan minta menunjukkan cara menyusukan bayinya, terutamanya bayi yang kuningnya tinggi. Hampir kesemua ibu perlu dibetulkan cara penyusuan.

Walaupun nampak remeh, namun posisi penyusuan yang tidak betul menyebabkan bayi tidak selesa, menyukarkan pelekapan dan menggagalkan penyusuan ibu. Lama-kelamanan, ibu akan berhenti menyusukan bayinya yang sepatutnya diberikan hanya susu ibu kerana sakit belakang.

Jadi, ibu tidak mahu menyusu kononnya penyusuan boleh mengurangkan kalsium. Memang betul, kalsium sangat diperlukan untuk ibu menyusu. Namun, sebelum sakit belakang sebab kekurangan kalsium, yang pastinya ibu terlebih dahulu sakit belakang kerana posisi yang salah.

Posisi ibu yang selesa semasa menyusukan bayi

  • Pastikan ibu duduk dalam keadaan selesa, sama ada bersandar di kerusi atau di katil. Ibu juga boleh menyusu sambil berbaring, berdiri atau berjalan.
  • Jika ibu duduk, kaki boleh diampu agar tidak tergantung dan ibu lebih selesa.
  • Ampu payudara jika perlu.
  • Pegang payudara dengan keempat-empat jari di bawah dan ibu jari dibahagian atas jauh sedikit daripada areola. Cara pegangan ini dipanggil pegangan 'C'. Elakkan menekan payudara atau areola kerana akan menutup saluran-saluran susu.
Cara Penyusuan Yang Betul Untuk Elakkan Ibu Sakit Pinggang Dan Belakang

Posisi bayi yang selesa semasa menyusu

  • Bayi diampu dengan baik dengan kepala diletak atas lengan ibu, sementara lengan satu lagi mengampu punggung bayi.
  • Kepala, badan dan kaki bayi adalah dalam garisan lurus.
  • Bayi dipegang rapat dengan badan ibu. Tarik bayi ke arah payudara, bukan ibu yang membongkok ke arah bayi.
  • Muka bayi menghadap payudara ibu dan hidung bayi setentang dengan payudara ibu.
  • Pastikan perut ibu bertemu dengan perut bayi.
  • Jika perlu, gunakan bantal untuk melapik bayi supaya ibu dan bayi selesa.
Ok, dah setel pasal cara nak duduk denga betul dan cara nak pegang bayi dengan betul masa menyusu. So, ibu-ibu dah boleh menyusu dengan selesa sebab dah tak sakit pinggang.

Bila posisi ibu dan bayi sudah selesa, jom belajar bagaiamana pelekapan yang betul untuk elakkan ibu sakit puting.

Teknik Pelekapan Yang Betul Supaya Bayi Selesa Bila Menyusu

Pemakanan Sihat Untuk Ibu Menyusu


Comments

Popular posts from this blog

Ibu Ini Dah Serik Masuk Wad Masa Mengandung Anak Pertama Kerana Alahan Teruk

Kebaikan Susu Ibu Untuk Bayi Berbanding Susu Formula