Ibu Bagi Baby Susu Formula Pada Usia Sebulan Kerana Perlu Kembali Bekerja

Ibu Bagi Baby Susu Formula Pada Usia Sebulan Kerana Perlu Kembali Bekerja


Assalamualaikum...

Apa khabar ibu-ibu bekerja yang sedang menyusukan bayi? Salam hormat dan salam ceria. Tabik spring saya kepada ibu-ibu yang sibuk tapi tetap memilih untuk memberikan bayi sepenuhnya susu badan selama 2 tahun.

Memang cabaran setiap antara kita berbeza-beza. Namun, tahniah kepada ibu yang tetap ingin beri yang terbaik kepada anak-anak. Apa lagi sekarang ni banyak konspirasi dalam industri makanan. Termasuk baru-baru ni ada susu palsu. Memang menakutkan. Sebab tu, pendapat saya lebih baik ibu banyakkan susu badan supaya cukup untuk baby daripada dedahkan baby dengan penyakit yang tak tentu.

Macam-Macam Kisah Ibu Menyusu Jadi Inspirasi Saya Mula Tulis Blog


Saya ialah seorang doktor perubatan dan ibu kepada 2 orang puteri. Alhamdulillah, saya berjaya susukan kedua-dua anak saya hingga 2 tahun. Tapi saya ok lagi sebab saya bekerja di klinik kesihatan. Waktu kerja saya ofis hour jelah. Berbanding kawan-kawan saya yang lain, bekerja di hospital tak kira masa tapi tetap bersemangat untuk susukan bayi.

Subhanallah, ibu-ibu memang hebat.

Semasa bayi berumur sebulan lebih, ada temujanji untuk berjumpa doktor. Saya amat sedih bila ramai ibu yang dah bagi baby susu formula atas pelbagai sebab tersendiri. Tapi, ramai juga yang tak memahami konsep penyusuan sebab itu dah start susu formula terlalu awal tanpa cuba untuk pastikan susunya cukup atau tak untuk bayi.

Ada juga ibu yang tak tahu bahawa susu ibu boleh diperah dah disimpan. Dia ingatkan bila dia mula bekerja, memang baby perlu diberi susu formula. Alahai...

Jadi, saya tulis blog ini untuk timbulkan kesedaran dan berkongsi ilmu yang saya ada dengan ibu-ibu supaya ibu lebih faham konsep penyusuan dan lebih bersemangat untuk susukan bayi.

Kalau ibu tahu betapa kualiti susu ibu sangatlah berbeza dengan susu formula, saya yakin ibu akan sedaya upaya berjuang untuk melindungi dan berikan yang terbaik untuk baby sebagaimana ibu dah lindung baby dalam kandungan selama 9 bulan.

Semoga perkongsian ini boleh memberi manfaat kepada ibu-ibu semua.

Salam sayang,
Fyda Noh

Comments

Popular posts from this blog

Ibu Menyusu Sakit Belakang Apa Yang Patut Dibuat?

Ibu Ini Dah Serik Masuk Wad Masa Mengandung Anak Pertama Kerana Alahan Teruk

Kebaikan Susu Ibu Untuk Bayi Berbanding Susu Formula