Merawat Puting Melecet Supaya Bayi Puas Menyusu Kedua-dua Payudara

Merawat Puting Melecet Supaya Bayi Puas Menyusu Kedua-dua Payudara

Selepas beberapa bulan melahirkan bayi, ibu mungkin sudah boleh menarik nafas lega apabila luka jahitan sudah mula sembuh. Namun, bagi ibu yang menyusu mungkin satu masalah lain akan timbul iaitu sakit atau luka pada puting. Menyusukan bayi juga adalah 1 kemahiran dan ibu mungkin mengambil masa untuk memahirkan diri, namun kadang-kadang mungkin agak sukar jika hisapan bayi terlalu kuat sehingga boleh melukakan puting ibu.
Punca utama masalah luka puting ialah pelekapan yang tidak betul. Setiap bayi tahu bagaimana untuk menghisap dengan baik, cuma kadang-kadang cara ibu memegang bayi mungkin menyebabkan bayi berasa tidak selesa dan pelekapan tidak dapat dilakukan dengan betul.

Cara pelekapan yang betul untuk elakkan puting ibu melecet atau terluka.

Merawat puting susu melecet atau luka

Sebelum penyusuan

  • Ibu cuba bagi bayi susu sebelum bayi berasa lapar, iaitu sekiranya bayi menunjukkan tanda-tanda untuk menyusu. Namun, jika bayi jaundis, mungkin ibu perlu menyusukan bayi dengan lebih kerap.
  • Pastikan ibu bertenang, relaks dan dalam keadaan selesa sebelum menyusukan bayi.
  • Urut payudara dengan lembut supaya susu dapat mengalir dengan lancar. Sementara tidak menyusukan bayi, sapu payudara dengan susu ibu untuk melembapkan puting ibu.

Semasa penyusuan

  • Mulakan dengan puting yang tidak melecet terlebih dahulu. Namun, jangan melebih-lebih dengan sebelah yang tidak sakit. Bila susu pada puting yang sakit atau luka sudah mengalir, mungkin ketika ibu ibu boleh menukar kepada payudara yang luka. Jangan berhentikan penyusuan hanya kerana ibu berasa sakit kerana ini boleh menyebabkan payudara membengkak dan risiko untuk jangkitan adalah tinggi.
  • Pastikan pelekapan bayi adalah betul. Jika bayi tidak melekap dengan betul, tarik dulu bayi perlahan-lahan dan cuba lagi untuk pelekapan yang betul dan berkesan. Cara untuk menarik mulut bayi daripada payudara ialah dengan meletakkan jari kelingking ke dalam mulutnya dan biarkan dia menghisap jari ibu. Kalau tarik saja macam tu, takut luka pula puting ibu. Pastikan ibu memegang bayi dengan posisi yang betul dan pastikan mulutnya benar-benar terbuka luas sebelum memasukkan puting ke dalam mulut bayi.
Posisi yang betul untuk menyusukan bayi.
  • Cuba pelbagai posisi penyusuan. Contohnya posisi biasa diselang-selikan dengan posisi bola ragbi (football position). Penukaran posisi dengan kerap juga boleh mengurangkan rasa sakit pada puting ibu.

Selepas penyusuan.

  • Periksa puting ibu jika terdapat tanda-tanda puting akan luka, iaitu mungkin berwarna kemerahan ataupun terdapat bahagian yang pecah akibat luka.
  • Sapu susu ibu pada bahagian puting yang luka dan biarkan susu itu mengering sendiri.
  • Selain itu, ibu juga boleh menggunakan krim yang dijual di farmasi khas untuk masalah puting luka. Uncang teh yang telah disejukkan juga mungkin membuatkan ibu rasa selesa. Jika ibu menggunakan pad penyusuan (nursing pas) adalah baik jika tukar dengan kerap untuk mengelakkan jangkitan.

Perkara yang perlu dielakkan jika puting luka

  • Menggunakan apa sahaja yang boleh menyebabkan puting menjadi kering, Contohnya sabun atau mandian yang boleh mengeringkan kulit. Dan juga elakkan penggunaan tuala yang kasar.
  • Elakkan penggunaan bra yang tidak sesuai, sama ada terlalu ketat atau terlalu longgar.
  • Penggunaan pam susu dengan kuasa hisapan yang terlalu kuat kerana boleh merosakkan tisu payudara.
Menyusukan bayi ketika puting terluka mungkin boleh menjadi saat yang paling mencabar sehingga ibu mungkin berasa putus asa. Namun, ibu perlu sentiasa ingatkan diri bahawa masalah ini akan berakhir tidak lama lagi. Jika tidak tahan sakit, ibu boleh memerah sahaja susu badan dan berikan kepada bayi menggunakan cawan atau sudu. Cuba elakkan memberi dengan botol susu untuk elakkan bayi keliru puting, nanti dia tak mahu menyusu secara terus pula.

Cara memberikan susu perahan kepada bayi menggunakan cawan.

Jika ada sebarang soalan atau ingin dapatkan tips penyusuan bayi selama 2 tahun yang saya amalkan, boleh whatsapp saya di :

Fyda Noh : 012 621 1883 (www.wasap.my/60126211883)

Comments

Popular posts from this blog

Ibu Menyusu Sakit Belakang Apa Yang Patut Dibuat?

Ibu Ini Dah Serik Masuk Wad Masa Mengandung Anak Pertama Kerana Alahan Teruk

Kebaikan Susu Ibu Untuk Bayi Berbanding Susu Formula